[ Irshad Online Pocket Learning Series ]

Bagaimana Menganalisis Keperluan Latihan secara Lebih Tepat, Mudah dan Sistematik

Pelajari Teknik dan kaedah yang lebih sistematik, praktikal dan mudah untuk mengenalpasti dan menganalisis keperluan latihan kakitangan anda dengan lebih tepat 

Apa yang akan anda pelajari

Terdapat 3 Modul dalam siri ini.  Menyertai ketiga-tiga Modul, anda akan dapat:

> Memahami perbezaan antara “Keperluan Latihan” dengan “Kehendak Latihan”
> Mengetahui lima (5) Pendekatan yang sering digunakan untuk melaksanakan TNA
> Mempelajari bagaimana melaksanakan TNA menggunakan pendekatan berteraskan Kompetensi
> Mengetahui tiga (3) jenis kompetensi dan cara-cara menganalisis keperluannya
> Mempelajari bagaimana membuat Analisis Jurang Kompetensi (Competency Gap Analysis)
> Mengetahui langkah-langkah menyediakan Pelan Latihan berdasarkan Analisis Jurang Kompetensi

Untuk Siapa?

Modul  ini sesuai dihadiri oleh pegawai-pegawai Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia di Sektor Awam & Swasta

- Pengurus & Pegawai Sumber Manusia

- Ketua Bahagian atau Jabatan

- Individu di Bahagian Latihan yang terlibat dalam menganalisis serta melaksanakan Latihan dan Pembangunan di dalam organisasi

Modul1

Asas TNA dan Bagaimana Menganalisis Keperluan Kompetensi

OBJEKTIF 

> Menjelaskan konsep dan Kepentingan Analisis Keperluan Latihan (TNA) kepada strategi organisasi

> Menerangkan kaedah mengenal pasti keperluan kompetensi di peringkat operasi dan jawatan


KANDUNGAN

Pendekatan Analisis Keperluan Latihan & Kompetensi

- Konsep kompetensi dan jenis-jenisnya

- Kaedah mengenal pasti keperluan latihan

- Rangka kerja mengendali TNA berteraskan kompetensi

Menganalisis Keperluan Kompetensi 

- Kaedah menganalisis keperluan kompetensi Bahagian

- Kaedah menganalisis keperluan kompetensi perjawatan

- Menyediakan senarai kompetensi – teras, umum dan fungsian



Jangka masa 

 4 jam



Tarikh: 

16 Feb 2021

Masa: 

9.00AM - 1.00PM

Modul 2

Kaedah Menilai Jurang Kompetensi Kakitangan

OBJEKTIF 

> Menjelaskan konsep dan faedah model kompetensi
> Menggariskan kaedah mengenal pasti tahap dan jurang kompetensi

KANDUNGAN

Membina Model Kompetensi
- Konsep dan kepentingan Model Kompetensi
- Kaitan antara Model Kompetensi dan Kamus Kompetensi
- Kegunaan Model Kompetensi dalam organisasi
- Langkah-langkah membina Model Kompetensi

Menganalisis Jurang Kompetensi
- Objektif analisis jurang kompetensi
- Menyediakan 'tools' penilaian kompetensi
- Menilai tahap kompetensi semasa
- Menganalisis jurang kompetensi
- Menyediakan Laporan Jurang Kompetensi


Jangka masa 

 4 jam


Tarikh: 

17 Feb 2021

Masa: 

9.00AM - 1.00PM


Modul 3

Bagaimana Membangunkan Laluan Latihan dan Pelan Latihan

OBJEKTIF

> Menerangkan kaedah membina Laluan Latihan
> Mengenal pasti faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam membangunkan pelan latihan


KANDUNGAN

Membangun Laluan Latihan (Training Roadmap)
- Konsep Laluan Latihan
- Faedah-Faedah Laluan Latihan
- Langkah-langkah membina Laluan Latihan

Membangunkan Kompetensi & Pelan Latihan
- Pelbagai strategi latihan dan pembangunan
- Memilih dan menentukan prioriti latihan
- Pelan pembangunan individu
- Membangunkan pelan latihan tahunan

Jangka masa 

 4 jam



Tarikh: 

18 Feb 2021

Masa: 

9.00AM - 1.00PM

Kaedah Pembelajaran yang Holistik dan Praktikal

"Framework" TNA yang sistematik

Nota (Workbook)  yang lengkap

"Templates" & Contoh Hasil TNA disediakan

Jurulatih

HJ AHMAD RAJI YAAKUB

Hj Ahmad Raji kini merupakan Ketua Pegawai Operasi dan Perunding Kanan di Irshad HR Consulting dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam  bidang Latihan dan Perundingan khususnya dalam aspek  Pembangunan Organisasi (Organisational Development), Pembangunan Modal Insan (Human Capital Development) dan Pembelajaran (Learning). 

Sejak tahun 1988, beliau telah berjaya memimpin atau mengendali lebih 500 program latihan dan lebih 50 Projek Konsultansi Transformasi Sumber Manusia (termasuk Analisis Keperluan Latihan) untuk pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta di Malaysia, Brunei dan beberapa negara lain untuk membantu organisasi meningkatkan prestasi serta produktiviti sumber manusia dan organisasi. 

Hj Ahmad Raji berkelulusan Sarjana Muda Perniagaan dari University of Missouri, Amerika Syarikat dan memiliki Ijazah Sarjana Sains Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).  Projek kajian bagi Sarjana beliau ialah Kajian Pelaksanaan Analisa Keperluan Latihan di beberapa organisasi swasta di Malaysia.

Beliau juga memiliki Sijil dalam Pengurusan Kerjaya dan Bakat dari Association of Talent Development (USA) dan Sijil Pengurusan Latihan (Certificate in Training Management) dari JT Frank Management Centre. Beliau adalah Ahli profesional Association of Talent Development (ATD) dan Society for Human Resource Management (SHRM) USA. 

Pada masa ini beliau sedang melanjutkan pengajian PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dengan bidang penyelidikan mengenai Komitmen Organisasi di kalangan kakitangan.

HJ SHAMSUL BAHRI MOHD YUSOF

Shamsul Bahri adalah Konsultan dan Jurulatih di Irshad HR Consulting.  Sebagai seorang Jurulatih, beliau mengkhusus dalam bidang Pengurusan Latihan, Analisis Keperluan Latihan, Pembangunan Modul Latihan, Pembangunan Jurulatih dan Penilaian Latihan.  Lebih 20 tahun bersama Irshad, beliau mempunyai pengalaman luas dalam mengurus, merangka, membangun dan mengendalikan program latihan untuk pelanggan Irshad di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. 

Beliau juga berpengalaman mengendalikan projek Analisis Keperluan Latihan (TNA) untuk organisasi kerajaan dan swasta terutama industri kecil dan sederhana (SMI) sejak tahun 2000. Antara organisasi yang pernah mendapatkan khidmat beliau adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Felcra Berhad, Air Selangor, Jabatan Imigresen, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd, Ingress Engineering Sdn Bhd, McAlister Engineering Sdn Bhd, dan Perniagaan Orang Kampung.

Tn Hj Shamsul berkelulusan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia.  Beliau juga adalah seorang Jurulatih Bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF Certified Trainer).

Dapatkan yuran istimewa RM 597 SAHAJA (Jimat RM150) dengan mendaftar untuk 3 Modul! 

Untuk mendaftar, sila isikan Borang di bawah.

Tawaran yuran istimewa ini akan tamat dalam masa:

04
Days
:
 
00
Hours
:
 
00
Minutes
:
 
00
Seconds

You missed out!

Marketing by

Apa Kata Peserta-peserta yang Lepas 

Penerangan yang jelas mengenai proses TNA.

Penyampaian fasilitator yang jelas, fokus kepada topik yang disentuh dan berpengetahuan luas dalam TNA

Peserta Pengurusan, Air Selangor Sdn Bhd

Silibus yang komprehensif. Ilmu yang sangat berguna bagi ketua dan penyelaras latihan

Peserta Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia

Dapat mengenal pasti latihan yang diperlukan setiap cawangan.  Dapat idea untuk membangunkan TNA organisasi.

Peserta Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kompilasi pelbagai TNA dari agensi untuk lebih pemahaman dan untuk kegunaan sebagai template di organisasi.  Susunan modul yang baik dan penyampaian yang tidak membosankan

Peserta  Kursus Umum anjuran IRSHAD


Mengenai Irshad HR Consulting

  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan
  • Penyedia Latihan Berdaftar dengan HRDF
  • Konsultan TNA diiktiraf oleh HRDF (Juruplan)
 
 
 
 

Irshad HR Consulting adalah sebuah firma perunding latihan dan pengurusan sumber manusia (Human Resource Consulting firm) yang didokong oleh sekumpulan profesional, perunding, jurulatih serta  eksekutif yang komited.  Sejak tahun 1988, kami telah membantu lebih 500 organisasi awam dan swasta di Malaysia serta beberapa buah Negara lain di Rantau ini untuk mencapai visi dan objektif mereka melalui perkhidmatan perundingan yang bersepadu (integrated), strategik (strategic) dan berorientasikan penyelesaian (result-oriented). Kami menawarkan:

> Latihan Korporat, Kursus Umum & Seminar

> Program Pembangunan Kebolehpasaran Graduan (Graduates Employability), Keusahawanan & Kepimpinan Masyarakat

> Perundingan Sumber Manusia (HR Consulting) & Digital HR Tools

Untuk latihan dan pembangunan, kami menyediakan program in-house dan juga kursus umum untuk peringkat pengurusan, eksekutif, penyeliaan serta kakitangan sokongan. 

Klien Kami

 
 
 
 

Sejak lebih 30 tahun, kami telah mengendalikan latihan serta memberikan khidmat perundingan berkaitan pembangunan sumber manusia kepada lebih 500 buah organisasi di Malaysia, Negara Brunei Darussalam serta beberapa buah Negara Asia..

Kami juga telah dilantik oleh pelbagai organisasi awam dan swasta untuk menjalankan Analisis Keperluan Latihan serta membangunkan Pelan Latihan Tahunan mereka. Antara organisasi berkenaan adalah:

Air Selangor

Felcra Berhad

Jabatan Imigresen

Kementerian Pertanian

Kementerian Kesihatan

Perniagaan Orang Kampung

Ingress Engineering Sdn Bhd

McAlister Engineering Sdn Bhd

Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd

Irshad HR Consulting Sdn Bhd (748222-W)

802, Block B, Phileo Damansara ll

Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor  

MALAYSIA

Tel: +603 7956 0010     E-mail: ctd@irshad.com.my


Berminat tapi belum bersedia untuk mendaftar?

Tempah slot untuk Free Webinar kami dengan mengisi Borang di bawah

Kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan sesi Webinar Percuma kami yang akan datang

Daftarkan saya untuk Webinar Percuma TNA
Marketing by